Posts

Showing posts from September, 2017

Resepi Pelangi Cupcake

Image
Kali ini saya akan berkongsikan dengan korang semua resepi yang menarik dan sangat digemari oleh kanak-kanak. Bahan-bahan 1/2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil baking powder sedikit garam 1/2  cawan butter > suhu bilik 3/4 cawan gula castor 3 biji telur> ambil yang putih 1 sudu kecil esen vanila 3/4 cawan susu segar >suhu bilik Cara menyediakannya; 1. Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam 2. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 C 3. Sediakan kertas cawan dan susun dalam cupcake tray. 4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih . 5. Kemudian masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan>Masukkan esen vanila 6. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar> guna kelajuan sederhana. 7. Sediakan 6 bekas -bahagikan adunan sama rata-Letakkan pewarna (warna biru,merah,kuning,hijau,unggu) dalam setiap bekas dan gaul rata * untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag Gun

Resepi Cupcake Strawberry

Image
hai semua .. pasti ramai diantara korang yang suka makan buah strawberi kan kerana warnanya yang cantik dan rasanya yang sangat manis .. so hari ini saya akan berkongsikan dengan anda semua resepi berasaskan strawberi iaitu straberry cupcake... Bahan-bahan 1. 2/3 cawan strawberry segar (6 biji) -potong kecil-kecil 2. 1 1/2 cawan tepung serba guna (360 gm ) 3. 1 sudu kecil baking powder 4. 1/4 sudu kecil garam 5. 1/4 cawan susu segar ( 290ml) boleh guna susu dutch lady 6. 1 sudu kecil vanilla 7. 1 1/2 cawan butter (240 gm) 8. 1 cawan gula (160 gm) 9. 4 biji telur 10. 1 sudu kecil pes strawberry & pewarna pink Cara-cara menyediakannya 1.Panaskan ketuhar pada suhu 140°C 2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik (baking powder) 3.kemudian Pukul Butter dan gula hingga gebu. 4.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.Pukul telur dalam kelajuan minima. 5.Seterusnya masukkan tepung dan susu segar secara selang seli.  Gaul hingga adunan sebati.  

Resepi Paplova Cupcake

Image
Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu Pavlova. Pavlova merupakan sejenis pencuci mulut yang berasal dari New Zealand dan nama Pavlova itu digunakan sempena nama seorang balerina Anna Pavlova. Pavlova mula mendapat tempat di hati para penggemar pemanis mulut di Malaysia sekitar 2-3 tahun lepas dan mungkin ramai yang kurang arif cara membuatnya. Bahan-bahan Meringue Pavlova ( yang berwarna putih tu ) 6 biji telur ( bahagian putih telur ) 1 cawan ( 200gram ) gula castor 1 sudu kecil esen vanila 2 sudu cuka putih 1 sudu tepung jagung / cornstarch Bahan hiasan : Krim putar Buah-buahan Coklat cair Cara-cara membuat : 1. Panaskan oven sehingga 250 darjah celcius. Letakkan cookie sheet/ cooking sheet di atasnya. 2. Di dalam mixer, ( kelajuan sederhana ) , pukul putih telur sehingga berbusa/ berbuih putih. Kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit dan pukul/putar pada kelajuan tinggi sehingga bahan tadi sebati dan menjadi meringue. Pastikan meringue tadi padu dan

Resepi Cappucino Mocha Cupcake

Image
resepi saya kali ni khas untuk penggemar kafein..jom kita cuba sesuatu yang menarik dan baru dan pasti sedap menjilat jari... rugi ni kalau tak cuba .. BAHAN-BAHANNYA: 250gm mentega   250gm tepung naik sendiri   250gm gula kastor   6 biji telur   1 sudu teh serbuk penaik   1 sudu teh mocha emulco   Sedikit pewarna coklat CARA-CARA MEMBUAT KEK CAWAN MOCHA CAPPUCINO: -Campurkan mentega dan gula dan pukul hingga kembang dan halus. -Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga kembang dan gebu  -Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.  -Selepas itu masukkan mocha emulco dan cappuccino emulco.  -Pukul hingga sebati.   -Tuangkan adunan ke dalam bekas cawan yang telah disediakan  -Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160c selama 15-20 minit  -Biarkan hingga sejuk -Setelah sejuk anda boleh hidangkannya. -Kek cawan mocha cappucino ini amat senang dan mudah untuk dibuat. 

Resepi Oreo Cheese Cupcake

Image
korang penggemar oreo tak ? mesti bosan kan makan biskut oreo yang sama setiap hari..hurmm meh sini nak kongsi resepi oreo cheese cupcake yang sangat2 sedap...rugi kalau tak cuba dehh...... Bahan-bahan 425   gram   cream cheese 1/2   cawan   sour cream 1/2   cawan   gula 1   sudu besar   esen vanila 2   butir   telur 12   keping   Oreo Panaskan oven ke 135ÂșC Satukan cream cheese, sour cream, gula, esen vanila dan telur. Putar kan sehingga sebati. Sediakan cawan cupcake dan letakkan sekeping Oreo ke dasar cawan. Tuangkan adunan dan taburkan sedikit Oreo hancur. Bakar selama lebih kurang 22 minit. Sejukkan dan kemudia masukkan ke dalam peti sejuk salama 3 jam.

Resepi Red Velvet Cupcake

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi ... ade sesapa kat sini penggemar red velvet tak? saya sebenarnye tak barapa gemar dengan red velvet ini tapi atas permintaan rmai saya akan sharekan dengan anda semua resepi red velvet cupcake nii... semoga bermanfaat untuk korang semua mencuba dirumah yee... Bahan-bahan 250g tepung kek (atau guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder) 1/2 sdt garam 15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko 113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g) 160g gula kastor 2 biji telur -gred A 1 sk esen vanila 240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk 2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah 1 sk cuka 1 sk soda bikarbon Cara membuat buttermilk Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama. Boleh juga menggunakan yogurt plain.

Resepi Vanila Cupcake

Image
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI UOLLS.... Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu resepi cupcake yang sangat mudah untuk dibuat. Cupcake ini adalah salah satu cupcake kegemaran saya iaitu vanilla cupcake. caranya sangat simple dan boleh dicuba oleh semua orang. jom kita lihat bahan-bahan dan cara-caranya di bawah... Masa: Penyediaan:  45 minit |  Memasak:  30 minit |  Keseluruhan:  75 minit Jumlah Hidangan :   12 biji Bahan-Bahan: Bahan untuk cupcake: 125g tepung naik sendiri 125g gula kastor 1/4 sudu teh soda bikarbonat 125g unsalted butter, 2 biji telur gred A 1 1/2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady) 1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila Bahan untuk buttercream: 200g unsalted butter 400g gula icing, ayak 2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady) 1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila Cara Penyediaan: Cara untuk cupcake: Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. Dengan menggunakan mixer atau whisk, p

Resepi Chocolate Cupcake Moist

Image
Assalamualaikum dan selamat petang semua. hari ini saya terasa ingin makan cupcake kegemara saya iaitu cupcake chocolate moist so disini saya akan berkongsikan dengan korang resepi cupcake chocolate moist. harap korang dapat mencubanya dirumah dan dimakan bersama keluarga dan orang tersayang. di bawah ini adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat cupcake chocolate moist tersebut. caranya senang sahaja untuk dicuba. Bahan-Bahan : 3 biji telur ( saya guna 4 biji sebab guna telur gred C) 1 cawan gula halus ( gula pasir saya blend) 1 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh) 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder 1 cawan minyak masak 1 cawan air panas 1 penutup botol esen vanilla (saya tambah, resepi asal tak letak) Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Moist: Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang.Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati. Masukkan serbuk koko, tepung gandu

ABOUT MYSELF

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... HAI SEMUA SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. INI ADALAH POST YANG PERTAMA DALAM BLOG SAYA. LET ME INTRODUCE MYSELF FIRST. NAMA SAYA NOR ARTIKA BINTI MAT ZAKI. BIASA KAWAN-KAWAN PANGGIL TIKA HEHE. BERUMUR 18 TAHUN DAN MENYAMBUNGKAN PENGAJIAN DI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG AMBIL JURUSAN SAINS PST. SAYA MERUPAKAN ANAK SULUNG DARIPADA 4 ORANG ADIK-BARADIK (1 LELAKI DAN 3 PEREMPUAN). SAYA DILAHIRKAN PADA TANGGAL 21 JUN 1999. SAYA BERASAL DARI TERENGGANU. ANAK JATI TERENGGANU NI HEHEHEE... SAYA ADALAH PEMINAT CUPCAKE SO SAYA PILIH TAJUK INI UNTUK SAYA KONGSIKAN KEPADA KORANG SEMUA. KORANG SEMUA BOLEH TAHU JENIS-JENIS CUPCAKE DISINI DAN CARA MEMBUAT CUPCAKE FAVOURITE KORANG... ITU SAHAJA PERKENALAN SAYA DI BLOG INI...