Resepi Chocolate Cupcake Moist


Assalamualaikum dan selamat petang semua. hari ini saya terasa ingin makan cupcake kegemara saya iaitu cupcake chocolate moist so disini saya akan berkongsikan dengan korang resepi cupcake chocolate moist. harap korang dapat mencubanya dirumah dan dimakan bersama keluarga dan orang tersayang. di bawah ini adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat cupcake chocolate moist tersebut. caranya senang sahaja untuk dicuba.

gambar cup cake coklat paling moist

Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur ( saya guna 4 biji sebab guna telur gred C)
  • 1 cawan gula halus ( gula pasir saya blend)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 1 penutup botol esen vanilla (saya tambah, resepi asal tak letak)
Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Moist:
  • Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang.Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
  • Setelah sebati, masukkan minyak.
  • Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  • Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.
  • Bakar dengan suhu 170 darjah celcius dalam 23 minit.( kalau oven saya, saya tambah masa dalam 26 -28 minit)
itu sahaja post saya untuk hari ini diharap korang dapat mencubanya dirumah. selamat mencuba yaaa...

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cupcake Strawberry

Resepi Red Velvet Cupcake

Resepi Funfetti Cupcake