Resepi Cupcake Strawberry

hai semua .. pasti ramai diantara korang yang suka makan buah strawberi kan kerana warnanya yang cantik dan rasanya yang sangat manis .. so hari ini saya akan berkongsikan dengan anda semua resepi berasaskan strawberi iaitu straberry cupcake...



Bahan-bahan

1. 2/3 cawan strawberry segar (6 biji) -potong kecil-kecil
2. 1 1/2 cawan tepung serba guna (360 gm )
3. 1 sudu kecil baking powder
4. 1/4 sudu kecil garam
5. 1/4 cawan susu segar ( 290ml) boleh guna susu dutch lady
6. 1 sudu kecil vanilla
7. 1 1/2 cawan butter (240 gm)
8. 1 cawan gula (160 gm)
9. 4 biji telur
10. 1 sudu kecil pes strawberry & pewarna pink

Cara-cara menyediakannya

1.Panaskan ketuhar pada suhu 140°C
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik (baking powder)
3.kemudian Pukul Butter dan gula hingga gebu.
4.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.Pukul telur dalam kelajuan minima.
5.Seterusnya masukkan tepung dan susu segar secara selang seli.  Gaul hingga adunan sebati. 
6.Masukkan buah strawberry yang telah dipotong, pes strawberry dan pewarna sekaligus dan gaul hingga rata.Masukkan potongan strawberry, pes dan pewarna..

7. Setelah selesai masukkan ke dalam acuan kertas cupcake, jangan masukkan melebihi ¾ acuan.
8.Bakar dengan kepanasan 140°C, 10-15 minit. 


*Hiasan mengikut kreativiti anda sendiri

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Red Velvet Cupcake

Resepi Funfetti Cupcake