Resepi Milo Cupcake

pasti ramai yang suka minum air milo kan ? majoriti daripada kita semua sangat suka minum air milo. jom kita cuba sesuatu yang baru dengan menggunakan milo iaitu dengan membuat cupcake milo . pasti enak dan menyelerakan ...  jom tengok resepi di bawah ...


Bahan-Bahan

  • 4 sudu besar milo
  • 4 sudu besar susu segar
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • choc rice dan choc chip untuk hiasan
  • 2 - 3 mug atau ramekin - yang boleh dibakar dalam microwave

                                               Cara Penyediaan

1. mula-mula campurkan baking powder dan tepung gandum kemudian ayak sampai rata. selepas tu masukan milo, susu, minyak jagung, baking powder, gula halus, vanilla, tepung dan telur ke dalam mangkuk pengadun. kemudian kacau hingga rata.

2. siapkan ramekin atau mug kemudian tuangkan adunan 1/2 atau 3/4 bahagian mug sahaja. kerana bila dibakar adunan akan tumpah dan kembang. kemudian taburkan hiasan choc rice dan choc chip diatasnya.

3. bakar dalam microwave selama 3 minit kerana bila lebih masa ianya akan sedikit keras. bila tak ada microwave boleh gunakan oven dan bakar selama lebih kurang 15 minit dalam oven.

bagaimana mudah dan simple sahaja kan resepi kek milo bakar yang saya kongsikan hari ini.semoga kita sentiasa sihat agar boleh selalu menyediakan masakan untuk keluarga tersayang.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Cupcake Strawberry

Resepi Red Velvet Cupcake

Resepi Funfetti Cupcake